
Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Johor Bahru merupakan antara sekolah menengah harian biasa yang bertuah kerana dipilih oleh PPD Johor Bahru untuk menerima pelajar-pelajar yang cemerlang ini untuk ditempatkan di kelas-kelas Rancangan Khas yang akan dibuka. KRK SMK Aminuddin Baki, Johor Bahru mula ditubuhkan pada 3 Januari 2008 yang merupakan antara 'anak bongsu' KRK PPDJB.
Kelas Rancangan Khas yang dibuka di sekolah ini telah dimulakan dengan seramai 30 orang pelajar tingkatan 1 , 16 lelaki dan 14 perempuan yang berlainan bangsa dan kemudiaannya diagihkan kepada 2 buah kelas iaitu Tingkatan 1 Amanah dan Tingkatan 1 Arif. Golongan pelajar-pelajar ini telah digabungkan bersama pelajar-pelajar lain yang juga berlatarbelakangkan keputusan UPSR yang baik dalam mewujudkan persaingan sihat di kalangan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan