Jumaat, 31 Oktober 2008

Karnival KRK Peringkat Daerah Johor Bahru 2008

Pada 20 dan 21 Oktober 2008 yang lepas, Karnival KRK peringkat daerah Johor Bahru telahpun diadakan dengan jayanya. Karnival ini melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 Kelas-kelas Rancangan Khas Sekolah Daerah Johor Bahru.

Pertandingan yang diadakan adalah Public Speaking, Pidato, Catur dan Scrabble. KRK SAB turut menghantar seramai 8 orang pelajar tingkatan satu bagi menyertai pertandingan-pertandingan yang diadakan.

Hari pertama pertandingan iaitu 20 Oktober 2008, karnival ini bertempat di SMK Bandar Baru Uda yang melibatkan pertandingan public speaking dan pidato bagi dua kategori iaitu kategori lelaki dan kategori perempuan. Pelajar yang mewakili KRK SAB bagi Pertandingan Public Speaking adalah Adam Ho Bin Mohd Ho dan Nur Nadhirah Syuhadah Binti Mansur. Pertandingan Pidato pula diwakili oleh Mohd Hamka Bin Hisyam dan Nur Ezreen Natasya Binti Mohd Hashim.

Pada hari kedua pertandingan, karnival diadakan di SMK Dato Jaafar yang melibatkan pertandingan Catur dan Scrabble. Pertandingan ini juga terbahagi kepada kategori lelaki dan perempuan. Bagi Pertandingan Catur, KRK SAB diwakili oleh Harvindu A/L Purushoo Taman dan Pang Wen Jian. Manakala bagi Pertandingan Scrabble pula diwakili oleh Thinesh Kumaran A/L Raja Kumaran dan Kee Ling Ling.


Berikut merupakan keputusan bagi setiap pertandingan:

Public Speaking Lelaki: Adam Ho Bin Mohd Ho: NAIB JOHAN

Public Speaking Perempuan: Nur Nadhirah Syuhadah Binti Mansur: TEMPAT KE-8

Pidato Lelaki: Mohd Hamka Bin Hisham: TEMPAT KE-4

Pidato Perempuan:Nur Ezreen Natasya Binti Mohd Hashim: Tidak berjaya mendapat tempat

Catur Lelaki: Harvindu A/L Purushoo Taman: TEMPAT KE-10

Catur Perempuan: Pang Wen Jian: TEMPAT KE-3

Scrabble Lelaki: Thinesh Kumaran A/L Raja Kumaran: TEMPAT KE-10

Scrabble Perempuan: Kee Ling Ling: TEMPAT KE-9

TAHNIAH diucapkan kepada para pelajar yang telah berjaya mendapat kedudukan yang baik dalam pertandingan-pertandingan yang diadakan.

Semoga ianya, menjadi satu pengalaman dan penggerak kepada mereka untuk lebih berjaya dan berusaha lebih gigih pada masa hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan